Kelas asas ICT (Microsoft Office Word)
6 September 2024 | Aktiviti TerkiniPada 5 September 2024, kelas asas ICT Microsoft telah dilaksanakan yang mana melibatkan seorang peserta dari Kampung Jerijeh Baru. Peserta telah diberi taklimat penggunaan Microsoft Word dan membuat latihan menaip surat rasmi. Peserta juga diajar cara menggunakan tools yang terdapat dalam Microsoft Office Word.
Kelas berlangsung sekitar jam 11.00 pagi dan berlangsung selama 1 jam ini turut diselit penerangan ringkas berkenaan E-Waste dan mengenai Klik Dengan Bijak (KDB), iaitu saranan dari pihak MCMC supaya berhati-hati dengan informasi tidak sahih di media sosial.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: